Tembikar Tanah Zaman Prasejarah Hingga Protosejarah di Kedah


Book Details

Pengarang : Zuraidah Hassan, Zuliskandar Ramli, Muhammad Nu’man Mohd Nasir
Penerbit : Penerbit UNIMEL
Publication Year : 2025
ISBN : 9789672423638
Price : 45.00

Tembikar tanah hasil kajian arkeologi prasejarah dan protosejarah di Kedah merupakan antara bukti utama kewujudan tamadun awal di rantau ini. Kajian arkeologi di kawasan seperti Lembah Bujang, Sungai Batu, Gua Tok Sik, dan Pengkalan Bujang telah menemukan pelbagai jenis tembikar tanah yang mencerminkan evolusi budaya serta kemajuan teknologi masyarakat silam. Buku ini turut menekankan sumbangan masyarakat tempatan dalam membentuk teknologi serta rekaan tembikar yang unik dan berkembang secara dinamik dari satu zaman ke satu zaman. Ia bukan sahaja memperlihatkan kesinambungan budaya, tetapi juga mencerminkan ketajaman akal dan kreativiti masyarakat terdahulu dalam memanfaatkan sumber alam secara lestari.