AL-DURRAH AL-THAMINAH FI MA LI ZA’IRI AL-NABI ILA AL-MADINAH AL-MUNAWWARAH SHAYKH AHMAD AL-QUSHASHI: TERJEMAHAN & TAHKIK
Butiran
| Pengarang | : Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh bin Abdullah & Md. Zuraini bin Mashrom |
| Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
| Tahun | : 2010 |
| Jumlah Halaman | : |
| Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Al-Durrah al-Thaminah Fima Li Za’iri Al-Nabi Ila al-Madinah al- Munawwarah Shaykh Ahmad Al-Qushashi: Terjemahan Dan Tahkik, Kod: 11-001-2010-ATMA-UKM, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan terjemahan dan tahkik terhadap naskhah manuskrip Al-Durrah al-Thaminah fima li za’iri al-Nabi ila al-Madinah al- Munawwarah daripada Dar al- Kutub al-Qawmiyyah, Qahirah, dengan nombor rujukan 940 Tarikh Taymur. Kajian ini dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh bin Abdullah bersama dengan Md. Zuraini bin Mashrom.
Teks Manuskrip ini dimulai dengan muqadimah, empat bab dan diakhiri penutup. Bab pertama menjelaskan rahsia Madinah al-Munawwarah, nama-namanya dan kurniaan limpahan taufik dan pertolongan Allah s.w.t. kepada para pengunjung menurut kadar maqamat dan ahwalnya. Bab kedua menjelaskan secara ringkas adab orang berpergian, perjalanan serta keadaan mereka sebelum, semasa dan selepas berkunjung ke Madinah. Bab ketiga menjelaskan martabat orang yang memasuki Madinah serta pembahagian kedatangan menurut kadar maqamat dan ahwal mereka dan ketentuan Allah s.w.t.. Bab kempat menjelaskan tentang pertukaran martabat orang yang memasuki Madinah disebabkan syafaat Nabi s.a.w. dan perubahan manazil menurut ketentuan yang dikehendaki Allah s.w.t. Penutup sebagai penyempurnaan terhadap sebahagian kempat-empat bab tersebut. Perbincangan penutup itu diselitkan hujah beberapa hadis yang diambil daripada kitab al- Khulasah oleh al-Sayyid Ali al-Samhudi al- Madani – semoga Allah memperelok kemuliaanya – untuk menggalakan para pengunjung Madinah al-Munawwarah menyukai nikmat kurniaan Allah s.w.t., Tuhan semesta alam.
ISBN : 978-983-2457-28-2