institut Alam dan Tamadun Melayu

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

TERSEMAI KASIH DALAM PERJALANAN

Butiran

Pengarang: Noriah Mohamed
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2010
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

“Banyak berjalan luas pandangan”
Itulah ungkapan yang ada kebenaran,
Pertemuan dengan bangsa yang berlainan,
Sering memberikan pelbagai kesan.

Turki, Morocco dan Iran,
Adalah tempat yang menawan,
Punya keajaiban dan warisan,
Betapa pintarnya manusia silam.

Manusia di tiga negara,
Berlainan watak walau seagama,
Baik-buruk pastinya ada,
Sudah lumrah sebagai manusia.

Terbitnya coretan ini,
Sekadar ingin berkongsi,
Pengalaman yang sukar dicari,
Mengguna syair wadah bihari.

Inilah kesan dan gambaran,
Akan tersimpan kekal dalam lipatan,
Hati dan perasaan,
Sampai nyawa diambil Tuhan.

 

ISBN : 978-983-2457-21-3

Skip to content