FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Berita Semasa
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

MoU antara UKM dan Al Baghdadi Group Sdn. Bhd.

26 Disember 2024 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Al Baghdadi Group Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis ini dihadiri oleh Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Al Baghdadi, Tuan Muhammad Farhan Bin Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Baghdadi, Cik Nur Sabrah Binti Lokman, Ketua Pegawai Eksekutif Al Baghdadi Academy Sdn Bhd, Puan Nor’Azah Binti Mohd Sidi, Ketua Pegawai Pemasaran Al Baghdadi EduQuran Sdn Bhd, wakil pengusaha Tadika Al Baghdadi dan barisan pasukan pengurusan Al Baghdadi Group Sdn Bhd.

Turut juga dihadiri dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Dr Ahmad Sunawari Long, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr Fadlan Mohd Othman Timbalan Dekan Siswazah, Dr Mohd Zamro Bin Muda Timbalan Dekan Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengerusi Pusat Kajian Syariah Prof. Madya Dr Salmy Edawati Yaacub dan barisan ahli akademik dan staf Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.