FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية



Urus Setia Penyelidikan
Fakulti Pengajian Islam

Pusat Kajian Syariah

Pusat Kajian Syariah merupakan pusat kajian yang memberi tumpuan kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan Industri Halal dan Fatwa, Undang-undang Islam dan Hak Asasi, Perancangan Harta dan Kewangan Islam. Antara contoh-contoh penyelidikan yang telah dilaksanakan termasuklah Penentuan Hukum Plasma Darah Menurut Perspektif Islam dan Sains (PP-2018-10), Pembinaan Garis Panduan Pembuktian Fraud Forensik Di Malaysia (FRGS/1/2017/SS103/UKM/02/6, Pembinaan Parameter Syariah Pemindahan Risiko Dalam Kontrak Pembiayaan Rumah Secara Islam (FRGS/1/2016/SS01/UKM/02/2) dan lain-lain lagi.

Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah

Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah merupakan pusat kajian yang memberi tumpuan kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan Akidah dan Kajian Nas, Dialog Agama dan Falsafah dan Pemikiran Islam. Antara contoh-contoh penyelidikan yang telah dilaksanakan termasuklah Pengaruh Aliran Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama di Malaysia (Geran Penyelidikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2016), Panduan Toleransi Beragama Dalam Hubungan Muslim dan Bukan Muslim Menurut Pandangan Pemimpin Agama (FRGS/1/2017/SS06/UKM/03/1), Fahaman dan Aktiviti Ekstremisme Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam di Malaysia (Dana Cabaran Perdana DCP-2017-009/3) dan lain-lain.

Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam

Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam merupakan pusat kajian yang memberi tumpuan kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan Bahasa, Sastera dan Budaya Arab, Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam, Kelestarian Tamadun Islam. Antara contoh-contoh penyelidikan yang telah dilaksanakan termasuklah Penerokaan Konsep dan Pembinaan Model i-SCP (Islamic Spritual Combat Power) Bersendikan Kekuatan Tempur Ketenteraan Uthmaniyyah (GUP-2019-027), Pengaruh Agama Islam dalam Perjuangan Kemerdekaan Malaysia (DPB), Peranan Ulama dalam Perjuangan Kemerdekaan Malaysia (FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1), Penyediaan Sumber Sejarah Lapangan dan Arkib Bagi Penerbitan Dokumentari ‘Ulama Nusantara’ oleh Primeworks Studio, TV3 dan lain-lain.

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan merupakan pusat kajian yang memberi tumpuan kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan Psikologi dan Kaunseling Islam, Komunikasi dan Media Islam, Kepimpinan dan Pengurusan Islam. Antara contoh-contoh penyelidikan yang telah dilaksanakan termasuklah Pembinaan Indikator Tabayyun Maklumat dalam Kalangan Netizen Belia Muslim Berdasarkan Persekitaran Sosial Keluarga (GUP-2018-011) , Analisis Pengaruh Media Sosial Dalam Pembudayaan Akhlak Remaja Digital (PP-2019-014), Kepimpinan dan Pengurusan Islam (PP-2020-011) dan lain-lain.

Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah

Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan pusat kajian yang memberi tumpuan kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan Tafsir, Hadis, Qiraat dan taranum. Antara contoh-contoh penyelidikan yang telah dilaksanakan termasuklah Kajian mengenai Lataif Quraniyah Sebagai Model Tadabur Al-Quran (GGPM-2019-017), Pembinaan Model Pencarian Semantik Kosa Kata Dalam Al-Quran Berdasarkan Tafsir Tematik (FRGS/1/2/019SS109/UKM/02/6), Pendekatan Fiqh Siyasah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dalam Bidang Ekonomi, Perundangan, Hubungan Antarabangsa dan Politik Di Malaysia (PP-2019-101).

Urus Setia Penyelidikan dan Penerbitan