Geran Penyelidikan Khas (GPK)

Geran Penyelidikan Khas Top Down (GPK) UKM adalah merupakan geran khas yang diperuntukkan ke arah memantapkan dan menonjolkan kebitaraan penyelidik UKM dalam menghasilkan penyelidikan yang berimpak kepada masyarakat. Pusat IDEA-UKM telah dipertanggungjawabkan dalam merancang, merangka strategi yang efektif bagi membangunkan projek penyelidikan bersifat quick win menerusi platform Kluster Penyelidikan UKM. Sebanyak 26 buah projek telah diberi kepercayaan menjalankan penyelidikan tersebut dengan agihan sebanyak RM 923 388.00 secara keseluruhannya. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) telah meluluskan agihan peruntukan ini dengan dibahagikan kepada lima (5) tema iaitu:

i.    Keterlibatan Komuniti

ii.   Pengajaran dan Pembelajaran

iii.  Penyelidikan IR4.0

iv.  Wabak Covid-19

v.   Pemartabatan Bahasa Melayu

Pelbagai hasil dan produk daripada Geran Penyelidikan Khas (GPK) Top Down yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Antaranya adalah pembangunan Aplikasi AR dalam panduan laluan dalam bangunan, bahan pengajaran alternatif kursus amali dan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu (BM) untuk penutur asing. Selain itu, terdapat juga projek membangunkan aplikasi yang merangkumi ciri kawalan wabak Covid-19 yang mengandungi ujian simptom pandemik saringan sendiri, pengesanan hubungan yang dilindungi privasi, peta haba kes covid-19 dan maklumat kualiti udara perkara zarah. Malahan bagi tema keterlibatan komuniti satu kajian bagi melihat persepsi penjagaan kesihatan dalam kalangan warga emas B40 bagi menghasilkan garis panduan penggubal dasar dalam membangunkan pelan perlindungan kewangan yang komprehensif untuk penduduk.