Bengkel Perancangan Strategik Dan Hala Tuju Ekosistem Penyelidikan

Bengkel Perancangan Strategik Dan Hala Tuju Ekosistem Penyelidikan telah diadakan pada 4-6 September 2020 (Jumaat-Ahad) di Hatten Hotels Worldwide, Melaka. Bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi hala tuju penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tertubuhnya lima Kluster Penyelidikan yang diterajui oleh lima orang Peneraju Kluster Penyelidikan. Bengkel ini juga turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dato’ Ir Dr Abdul Wahab Mohammad, Peneraju Kluster Penyelidikan, wakil Jawatankuasa Kluster Penyelidikan dan Pengarah CRIM UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail serta Timbalan Pengarah CRIM (Perancangan, Operasi & Kualiti) Prof. Ir. Dr Abu Bakar Sulong.