Jerayawara Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan

Pada tahun 2020, sebanyak 17 Sesi Siri Jerayawara Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan telah diadakan bertujuan untuk menyampai dan berkongsi maklumat berkaitan hal-ehwal penyelidikan dan Inovasi, penstrukturan ekosistem penyelidikan dan pembentukan lima Kluster Penyelidikan UKM yang baharu kepada semua warga penyelidik di UKM. Sesi Jerayawara ini melibatkan penyelidik-penyelidik UKM di setiap PTJ bersama-sama dengan wakil dari entiti Pejabat Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) termasuklah dari CRIM, PIK dan Penerbit UKM serta Peneraju-Peneraju Kluster Penyelidikan UKM.