Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Pertandingan Poster Digital

Tugasan penghasilan poster digital ini adalah tugasan yang menyumbang kepada penilaian pelajar secara berkumpulan sebanyak 5% daripada keseluruhan penilaian untuk kursus Statistik Kejuruteraan (KKKQ2023). Tujuan tugasan ini adalah untuk:

  •  Meningkatkan minat dan penglibatan pelajar kejuruteraan dalam kursus KKKQ2023 menerusi penyediaan bahan (sokongan) pembelajaran digital menggunakan aplikasi komputer, dan
  • Melatih pelajar bekerja dalam pasukan.

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan mengikut kumpulan tugasan CL.

  2. Pelajar bebas menggunakan mana-mana aplikasi komputer (berbayar atau percuma) untuk menghasilkan poster yang memenuhi syarat-syarat berikut:

    1. bersaiz A4,
    2. berorientasi landskap atau potret, dan
    3. perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
  3. Kandungan poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.

  4. Penghasilan poster boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mestilah berdasarkan tema:

    1. Pembelajaran Mesin untuk (Masyarakat) Umum: Fokus kepada maklumat dan penerangan yang jelas yang menyumbang kepada pengetahuan masyarakat umum tentang pembelajaran mesin. Fikirkan bagaimana poster yang dihasilkan memudahkan orang awam kenal apa itu pembelajaran mesin.
    2. Aplikasi Pembelajaran Mesin dalam Bidang Kejuruteraan: Fokus kepada contoh-contoh aplikasi pembelajaran mesin dalam bidang kejuruteraan.
    3. Perkembangan Pembelajaran Mesin: Fokus kepada perkembangan satu atau beberapa kaedah dalam pembelajaran mesin. Sebagai contoh, poster yang menerangkan konsep dan perkembangan kaedah k-jiran terhampir (k-nearest
      neighbour)
      .
  5. Gunakan portal Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat terjemahan dengan betul, jika perlu (https://prpm.dbp.gov.my/).l

Kriteria Penilaian

 Penilaian adalah berdasarkan:
  1. persembahan dan reka bentuk (40%)
  2. ketetapan tema tugasan (60%)

Cara Menghasilkan Poster Digital