Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

PRINFKAB2019

*Perhatian: Tarikh tutup pendaftaran telah dilanjutkan ke  11 Ogos 2019*

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional-Kejuruteraan dan Alam Bina (PRIN-KAB 2019) kali pertama, dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan hasil rekacipta, inovasi dan penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, pelajar dan guru sekolah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam bidang kejuruteraan dan alam bina.

 

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Ogos 2019 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Antara pengisian program yang menarik:

  1. Pertandingan rekacipta dan inovasi produk (kategori sekolah menengah dan kategori institusi pengajian tinggi)
  2. Pertandingan rekacipta dan inovasi produk pengajaran dan pembelajaran (kategori guru dan pensyarah)
  3. Pameran bahan inovasi fakulti dan industry
  4. Aktiviti bersama kumpulan STEM-FKAB
  5. Ceramah perkongsian pakar

 

Penyertaan program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah institusi pendidikan di Malaysia. 

Tema rekacipta dan inovasi produk adalah seperti berikut:

Kategori A: Pelajar Sekolah Menengah:

  • Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal
  • Rekacipta dan Inovasi Produk Digital
  • Rekacipta dan Inovasi Sistem Automasi

Kategori B: Pelajar IPT:

  • Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal
  • Rekacipta dan Inovasi Produk Digital
  • Rekacipta dan Inovasi Sistem Automasi

Kategori C: Guru dan Pensyarah:

  • Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal Pengajaran dan Pembelajaran
  • Rekacipta dan Inovasi Produk Digital Pengajaran dan Pembelajaran

 

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal

  • Produk merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi yang boleh digunapakai (memberi manfaat).
  • Ia pengenalan sesuatu produk baru atau pembaharuan/ penambahbaikan produk sedia ada ke atas ciri-ciri penggunaannya.
  • Contohnya: peralatan bantu mengajar, peralatan membantu golongan OKU dll.

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Digital

  • Produk melibatkan inovasi berteraskan dunia digital.
  • Contohnya: MOOC, mobile learning, animasi 3D, permodelan pentadbiran berbentuk digital dll.

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Sistem Automasi

  • Produk melibatkan sistem yang beroperasi secara automatik.
  • Contohnya: robotik, sistem pintar, IoT dll.

Kriteria dan syarat penyertaan:

  1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian guru dan pensyarah (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan) sama ada secara individu atau berkumpulan (tidak melebihi 5 orang).
  2. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu: kategori pelajar sekolah menengah, pelajar pengajian tinggi dan kategori guru/pensyarah.
  3. Bagi penyertaan kategori pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 4 orang pelajar dan seorang guru/pensyarah.
  4. Bagi penyertaan kategori guru/pensyarah, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.
  5. Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital atau automasi).
  6. Setiap penyertaan perlu menyediakan poster dalam bentuk bunting berkaki (board dan kaki bunting tidak disediakan).
  7. Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing.
  8. Setiap penyertaan perlu menghantar extended abstrak dan akan diterbitkan dalam bentuk bab dalam buku oleh FKAB, UKM.
  9. Setiap penyertaan akan dinilai oleh 2 orang penilai.
  10. Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.

 

Kemudahan yang disediakan:

  1. Hanya 1 meja untuk meletakkan produk penyertaan akan disediakan untuk setiap penyertaan.
  2. Soket kuasa disediakan dengan bilangan yang terhad. Oleh itu, peserta dikehendaki membawa soket penyambung sendiri bagi mengelakkan ketidakcukupan soket.
  3. Hanya 2 pek sarapan dan makan tengahari disediakan untuk setiap penyertaan. Bagi yang ingin menambah pek sarapan dan makan tengahari, boleh membuat tempahan menggunakan borang yang disediakan.

 

Hadiah:

  1. Pemenang utama: 1 bagi setiap kategori (kategori pelajar sekolah menengah, pelajar pengajian tinggi dan guru / pensyarah)
  2. Setiap penyertaan akan layak mendapat pingat dan sijil penyertaan (emas, perak atau gangsa).
  3. Hanya 1 sijil dan pingat akan diberi bagi setiap penyertaan. Tempahan pingat dan/atau sijil tambahan boleh dibuat menggunakan borang yang disediakan dan pembayaran boleh dibuat semasa hari kejadian.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan.

Peluang penerbitan:

Para peserta diberi pilihan untuk memuatkan abstrak lanjutan di dalam buku yang akan diterbitkan secara atas talian atau dalam bentuk buku fizikal (dengan ISBN) oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Yuran tambahan sebanyak RM50/setiap abstrak akan dikenakan untuk tujuan penerbitan (buku adalah secara maya melalui akses atas talian) atau RM80/setiap abstrak (buku fizikal).

Format abstrak lanjutan boleh diperolehi melalui pautan ini.

Tarikh-tarikh penting:

  • Tarikh tutup penyertaan dan pembayaran : 11 Ogos 2019
  • Tarikh penghantaran extended abstract : 11 Ogos 2019