Lawatan Kolaborasi ke Garden 8, Kebun Komuniti Lorong belakang

Pada 15/8/2025, rombongan daripada Kumpulan Penyelidikan Makanan Fungsian, Jabatan Sains Makanan (JSMn), FST, UKM telah mengadakan lawatan kolaborasi ke Garden 8, (@garden8.malaysia), Kebun Komuniti Lorong belakang di Tmn Perwira, Gombak yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr Wan Aida Wan Mustapha.
Kebun Komuniti Garden 8 di lorong belakang rumah membabitkan 44 kediaman sejauh 200 meter sejak September 2021. Seramai 6 orang pensyarah JSMn (Prof. Madya Dr Lim Seng Joe, Dr Noor Soffalina Sofian Seng, Dr Hafeedza Abdul Rahman, Dr Noorul Syuhada Mohd Razali dan Dr Ter Zhi Yin) telah hadir melawat Garden 8 dan membincangkan mengenai projek yang bakal dilaksanakan bersama JSMn.
Ini merupakan aktiviti projek yang telah mendapat tajaan dana daripada Suruhanjaya Kebangsaan Unesco bagi pemuliharaan warisan budaya melalui inovasi produk makanan yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr Wan Aida Wan Mustapha.