Bengkel Penulisan Bab Awalan Menggunakan AI
Satu Bengkel Penulisan Bab Awalan Menggunakan AI bagi kursus Latihan Ilmiah 1 telah disampaikan oleh Ts. Dr. Noor Soffalina pada 22 Disember 2025 bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bengkel ini bertujuan membimbing para pelajar dalam memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara betul dan beretika bagi menyokong penulisan bab awalan tesis, termasuk aspek pencarian maklumat, penstrukturan idea, serta semakan bahasa. Penekanan turut diberikan terhadap integriti akademik dan tanggungjawab pelajar dalam memastikan ketulenan hasil penulisan.
Diharapkan melalui bengkel ini, para pelajar dapat meningkatkan kefahaman serta menambah baik kualiti penulisan tesis akhir mereka sejajar dengan standard akademik universiti.
