Lawatan Industri ke Ow Ah Then Commerce Sdn Bhd

 

Kuala Gula, Perak – Jabatan Sains Makanan telah mengadakan lawatan industri ke Ow Ah Then Commerce Sdn Bhd pada 16 February 2026 bagi membincangkan projek penyelidikan berkaitan penghasilan belacan di bawah Geran Translasi UKM. Lawatan ini melibatkan penyelidik Jabatan Sains Makanan iaitu Prof. Ts. Dr. Lim Seng Joe, Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini dan Dr. Mohamed Yusuf Mohamed Nazir, bersama Dr. Chang Lee Sin dari IMU University (School of Health Sciences).
Perbincangan berkaitan perkembangan terkini projek penyelidikan yang sedang berjalan dari aspek kualiti produk, kawalan proses fermentasi serta penambahbaikan standard pengeluaran belacan bagi memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian industri dan keperluan keselamatan makanan. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kolaborasi antara akademia dan industri, seterusnya menyokong pembangunan produk tradisional tempatan berasaskan penyelidikan dan inovasi saintifik.