Bengkel Asas Mikrobiologi Makanan bersama pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau

Telah berlangsungnya Bengkel Asas Mikrobiologi Makanan bersama pelajar Diploma Pemprosesan Makanan, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau pada 18 April 2026 bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Program ini telah disertai oleh 26 orang pelajar serta 4 orang guru pengiring.
Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan mikrobiologi makanan merangkumi aspek teori dan amali seperti teknik aseptik, pencairan bersiri, kaedah pengiraan koloni serta teknik analisis mikrobiologi yang lazim digunakan dalam makmal dan industri makanan.
Sepanjang program, para peserta turut didedahkan dengan sesi hands-on bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal dalam pengendalian sampel serta penggunaan peralatan makmal dengan betul.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini, Dr. Muhamad Firdaus Syahmi Sam-On, dan Dr. Mohamed Yusuf Mohamed Nazir serta dibantu oleh barisan fasilitator.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga serta kepakaran dalam menjayakan bengkel ini dengan jayanya.