Hari Pelancaran Produk Makanan Inovatif 2026

9 Jun 2026, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya menganjurkan Hari Pelancaran Produk Makanan Inovatif 2026 dengan tema:
🫐 “Blueberries for the Future: Designing Next-Generation Foods”
Program ini mengetengahkan kreativiti, inovasi dan pengetahuan teknikal 80 orang pelajar Tahun 3 Program Sains Makanan, dalam membangunkan produk makanan berasaskan beri biru yang inovatif sejajar dengan permintaan pengguna masa kini terhadap makanan yang lebih sihat, lestari dan berpotensi untuk dipasarkan.
Program ini merupakan kemuncak kepada kursus mercu STKM3113 Pembangunan Produk Makanan, di mana para pelajar menterjemahkan pengetahuan saintifik kepada inovasi produk sebenar melalui proses formulasi, penjenamaan, pembungkusan, pembentangan dan strategi pengkomersialan produk.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar membentangkan konsep produk, formulasi, strategi penjenamaan dan potensi pengkomersialan kepada panel hakim yang terdiri daripada wakil akademia, industri dan agensi kerajaan.
Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dan U.S. Highbush Blueberry Council, yang dilaksanakan melalui sokongan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan All About Fresh Produce Sdn. Bhd. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka potensi beri biru sebagai ramuan berfungsi dalam pembangunan produk makanan yang inovatif dan berorientasikan pasaran.
Tiga inovasi terbaik bagi pertandingan tahun ini adalah:
🏅Johan – Dodol Beri Biru Kurang Gula
🥈Naik Johan – Kepingan Beri Biru
🥉Tempat Ketiga – Keju Krim Beri Biru Berasaskan Tumbuhan
Lebih penting lagi, program ini membuktikan bagaimana jaringan kerjasama yang erat antara akademia dan industri mampu memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pendedahan kepada pembangunan produk sebenar, keperluan industri, inovasi berasaskan pasaran serta maklum balas profesional yang melangkaui bilik kuliah.
Terima kasih diucapkan kepada semua juri:
1. Ts. Dr. Noor Soffalina Sofian Seng – Ketua Hakim, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Ms. Alicia Hernandez – Regional Agricultural Counselor, Foreign Agricultural Service, Embassy of the United States, Kuala Lumpur Covering Malaysia, Singapore, and Brunei
3. Pn. A. Retna Malar Subramaniam – Pengarah Urusan, All About Fresh Produce Sdn. Bhd.
4. Pn. Sharifah Zuhaira Syed Ahmad Zaidi – Pengurus Kanan, Pematuhan dan Jaminan Kualiti Kumpulan, Etika Beverages Sdn. Bhd.
5. Dr. Farhana Sidek – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6.Pn. Nur Liyana Mohamad Nizar – Penolong Pengarah Kanan, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
7. Profesor Madya Nursyafiqah Ramli – Ketua Penyelidikan, Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, Universiti UCSI
8. Dr. Nur Hidayah Jamaludin – Penolong Pengarah Utama, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
Tahniah juga kepada para pengajar Ts Dr Noor Soffalina Soafian Seng, Ts. Dr. Noorul Syuhada Mohd Razali dan Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini.