Program MAMEE Chef Culinary Education @UKM

Pada 11 Jun 2026, seramai 50 orang pelajar telah menyertai Program MAMEE Chef Culinary Education yang berlangsung di Food Pilot Plant, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini merangkumi perkongsian ilmu oleh pasukan MAMEE Food Service, demonstrasi masakan serta aktiviti memasak secara berkumpulan yang dikendalikan oleh chef profesional.
Sepanjang aktiviti memasak, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berpeluang menyediakan pelbagai hidangan, antaranya Rosé Tteokbokki with Mac & Cheese bersama Kogi Chicken, Kimchi Jjigae (Army Stew) bersama Bokkeumbap, K-Spiced Curry bersama nasi putih, serta Jjajangmyeon bersama Korean Fried Chicken. Setelah selesai penyediaan, semua hidangan telah dihidangkan dan dinikmati bersama oleh para peserta.
Program ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari teknik penyediaan makanan chef profesional serta menimba pengetahuan mengenai trend kulinari dan inovasi dalam industri perkhidmatan makanan.