Lawatan Penandaarasan oleh Universitas Hasanuddin, Indonesia
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Fakulti Agribisnis, Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia pada 22 Jun 2026.
Delegasi yang terdiri daripada 17 pelajar dan 3 pensyarah ini telah mengadakan lawatan penandaarasan bagi mendapatkan pendedahan mengenai program akademik, aktiviti penyelidikan serta inovasi dalam bidang sains makanan di UKM.
Terima kasih kepada Universitas Hasanuddin atas kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
