Bengkel Penyediaan Tesis STKM3946 Latihan Ilmiah II

Bengkel Penyediaan Tesis STKM3946 Latihan Ilmiah II telah diadakan pada 14 Jun 2022 secara dalam talian bagi mempersiapkan dan membantu pelajar Program Sains Makanan dalam menyediakan tesis untuk projek Latihan Ilmiah ll Semester 2 Sesi 2021/2022. Topik perbincangan dalam bengkel ini adalah:
a. Penyediaan Pembentangan dan Penulisan Tesis oleh Prof. Madya Dr. Lim Seng Joe
b. Do and Don’t Mengikut GayaUKM oleh Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini
Terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Hajah Wan Aida Wan Mustapha, Timbalan Dekan Prasiswazah atas kesudian turut serta dalam bengkel ini.
Semoga para pelajar dapat memanfaatkan sesi bengkel ini untuk menghasilkan tesis yang lebih berkualiti.