Jemputan Menyertai CEO Day @ UKM / Call for Participation CEO Day @ UKM

Panggilan untuk Penyertaan
Program CEO Day@UKM
Tarikh: 14 Januari 2023 (Sabtu)
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Program CEO Day@UKM dianjurkan oleh Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sekretariat utama bersama Malaysian Palm Oil Council (MPOC). Program ini menyediakan platform untuk pihak industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan pelajar serta berpotensi memberi peluang pekerjaan dan latihan industri kepada pelajar.
Program CEO Day@UKM adalah terbuka kepada SEMUA.
Pendaftaran adalah PERCUMA dan anda boleh memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang program ini. Cenderamata dan makanan percuma akan diberikan kepada 1,000 pendaftaran terawal.
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/3ginbqa
Antara aktiviti MENARIK pada program CEO Day@UKM adalah seperti berikut:
1. Forum CEO
2. Peluang Pekerjaan dan Latihan Industri
3. Pameran dari Sektor Kerajaan dan Swasta
4. Cabaran TikTok
5. Pertandingan Inovasi Produk Makanan berasaskan Sawit
6. Pertandingan Inovasi Lestari daripada Sisa Sawit
7. Demonstrasi Masakan oleh Chef Terkenal
8. Demonstrasi Masakan menggunakan TM6
9. Food Trucks
Lihat maklumat lanjut pertandingan, pada pautan yang disediakan:
1. Pertandingan TikTok
2. Pertandingan Inovasi Produk Makanan Berasaskan Sawit
3. Pertandingan Inovasi Lestari daripada Sisa Sawit
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Sekretariat CEO Day@UKM
Emel: ceoday2022@ukm.edu.my