JSMn @ 3rd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology 2026 (MRCST’26)
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar dan penyelia atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Emas dan Pingat Perak dalam kategori Inovasi sempena 3rd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology 2026 (MRCST’26) yang berlangsung di Akademia Siber Teknopolis UKM (AST) pada 20 Jun 2026.
MRCST’26 merupakan persidangan yang menghimpunkan penyelidik, pelajar dan profesional industri bagi mempamerkan penyelidikan serta inovasi merentas pelbagai disiplin sains dan teknologi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh.
Beyond the Ribeye: RTU-Proven Carcass Prediction and Hump Muscle Valorisation in Malaysian Brahman Cattle
Reduced-Sugar Blueberry Dodol
Kejayaan ini membuktikan komitmen Jabatan Sains Makanan dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi kepada industri makanan dan sektor agromakanan negara.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk terus cemerlang dalam penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu.
Tahniah dan syabas kepada semua ahli pasukan, penyelia serta pihak yang terlibat!
