Kursus Jangka Pendek Mycotoxins Detection and Mitigation Strategies

Kursus jangka pendek bertajuk Mycotoxins Detection and Mitigation Strategies anjuran Jabatan Sains Makanan untuk kakitangan Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah berlangsung pada 25 Ogos 2025 sehingga 9 September 2025 di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Kursus ini telah memberi pendedahan dan perkongsian ilmu mengenai kaedah pengesanan serta strategi mitigasi mikotoksin yang menjadi isu penting dalam bidang keselamatan makanan dan pertahanan bioteknologi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, penceramah, serta pihak penganjur yang menjayakan program ini!