Kursus Pengendalian Makanan 2026 | UNIPEQ UKM × Kesamap UKM

Pada 16 Mei 2026, KESAMAP dengan kerjasama UNIPEQ UKM telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di DKB 2, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM bertemakan “Pengendalian Makanan Selamat, Pengguna Terjamin”.
Seramai 38 peserta telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh Puan Lily Zahani Khalid, Jurulatih Bertauliah UNIPEQ UKM. Peserta didedahkan kepada aspek penting keselamatan makanan, kebersihan, dan amalan pengendalian makanan yang betul mengikut keperluan semasa.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kepentingan keselamatan makanan demi melahirkan pengendali makanan yang lebih kompeten dan bertanggungjawab.