Lawatan dari Liaoning Agricultural Vocational and Technical College, China

Pada 22 September 2026, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi seramai 10 orang pensyarah dari Liaoning Agricultural Vocational and Technical College, China, bersempena dengan Malaysia–China AI Agri-Food Commercialisation Summit 2026.

Sepanjang lawatan, delegasi turut dibawa melawat makmal-makmal penyelidikan dan Loji Pandu Makanan bagi mengenali kemudahan serta aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dijalankan di Jabatan Sains Makanan.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan akademik dan kerjasama penyelidikan antarabangsa, khususnya dalam bidang sains dan teknologi makanan antara Malaysia dan China.