Pada 9 Oktober 2026, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi antarabangsa daripada lima institusi terkemuka sempena penganjuran The 3rd International Symposium on Science and Technology UKM-PSU-Asia (ISSTUP-Asia 2026).
Delegasi yang hadir terdiri daripada:
Lawatan dimulakan dengan sesi alu-aluan oleh Dekan FST, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, diikuti perkongsian institusi dan perbincangan strategik bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, akademik dan inovasi.
Seterusnya turut diadakan Majlis Simbolik Pelancaran Cadangan Penubuhan UKM–SAAS Joint Laboratory for Food Quality and Safety, sebagai langkah ke arah memperkukuh kerjasama penyelidikan antarabangsa dalam bidang kualiti dan keselamatan makanan.
Cadangan penubuhan makmal bersama ini kini dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Delegasi turut dibawa melawat Loji Pandu Makanan dan makmal-makmal Jabatan Sains Makanan, FST UKM, sebelum meneruskan lawatan ke Lembaga Koko Malaysia (Malaysian Cocoa Board) yang terletak di Nilai. Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Koko Malaysia atas kesudian menerima lawatan ini.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan inovasi bersama rakan strategik antarabangsa.
 Â

Lawatan ke makmal UKM.

Lawatan ke Lembaga Koko Malaysia
