Lawatan Kolaborasi Antarabangsa oleh Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Indonesia
Pada 20 Julai 2026, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Department of Fish Product Technology, Faculty of Fisheries and Marine, Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Indonesia.
Delegasi telah disambut oleh Prof. Dr. Rizafizah Othaman, Timbalan Dekan FST, bersama Prof. Ts. Dr. Wan Aida Wan Mustapha, Pengerusi Jabatan Sains Makanan.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar dan staf, serta pembangunan program akademik antara kedua-dua institusi.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi berimpak tinggi pada masa hadapan.
