Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Shanghai Academy of Agricultural Sciences (SAAS)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Kerjasama Projek Penyelidikan antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Shanghai Academy of Agricultural Sciences (SAAS) telah berjaya diadakan pada 31 Oktober 2025.

Upacara simbolik menandatangani MoU telah berlangsung lebih awal pada 29 Oktober 2025 oleh Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, UKM, dan Prof. Madya Dr. Wang Da, Timbalan Pengarah Pejabat Pentadbiran Penyelidikan, SAAS.

Majlis tersebut turut menampilkan sesi pengenalan institusi, diikuti oleh pembentangan mengenai program pascasiswazah oleh Dr. Norlida Mat Daud, serta perbincangan mengenai potensi kerjasama penyelidikan antara UKM dan SAAS.

Turut hadir ialah Prof. Song Weiguo, Pengarah Institut Piawaian dan Teknologi Ujian Agro-Makanan, SAAS.

Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh usaha penyelidikan dan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang sains makanan dan pertanian.