Mesyuarat Kemajuan Projek dan Lawatan Industri Bersama Tehki Food Manufacturing Sdn Bhd

Pada 13 Mei 2026 telah berlangsung sesi mesyuarat kemajuan projek dan lawatan industri bersama Tehki Food Manufacturing Sdn Bhd bagi membincangkan perkembangan semasa penyelidikan kolaborasi yang sedang dijalankan.
Mesyuarat ini telah diketuai oleh Dr Nurfatimah Mohd Thani (Ketua Projek) bersama Dr Ter Zhi Yi, Dr Hafeedza Abdul Rahman, serta pelajar latihan ilmiah yang turut terlibat dalam projek penyelidikan ini.
Terima kasih atas layanan mesra, perkongsian idea, dan maklum balas yang sangat bermakna sepanjang sesi perbincangan. Semoga kolaborasi ini terus berkembang dalam menghasilkan inovasi makanan yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.