Program Mentor Mentee 2026

Program Mentor Mentee 2026 anjuran Jabatan Sains Makanan Dan Kelab Sains Makanan (KESAMAP) telah berjaya diadakan pada 22 Mei 2026 bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar (PAP), FST, UKM.
Program ini menjadi platform yang sangat bermanfaat buat para pelajar untuk berinteraksi bersama mentor masing-masing, mendapatkan panduan akademik serta membincangkan perkembangan pengajian secara lebih dekat dan santai.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua mentor, mentee serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini terus memberi impak positif dalam membina hubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar serta membantu kecemerlangan akademik warga Jabatan Sains Makanan.