Sanggar Semangat Kebitaraan (Kesatuan) Jabatan Sains Makanan (JSMn), FST

Telah berlansung dengan jayanya Sanggar Semangat Kebitaraan (Kesatuan) Jabatan Sains Makanan (JSMn), FST pada 2 & 3 Ogos 2025 di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pahang.
Tujuan program ini adalah bagi merapatkan hubungan sesama ahli jabatan disamping meneroka keindahan alam semula jadi di Tasik Chini.
Pelbagai aktiviti telah diatur oleh jawatankuasa program dan staff PPTC termasuklah aktiviti berkayak, sukaneka, menyelusuri Tasik Chini menaiki bot, tazkirah dan meneroka hutan hujan tropika bersama orang asal dari Kampung Gumum bagi menjayakan program ini.
Semoga melalui program ini, kesatuan ahli di Jabatan Sains Makanan akan lebih kukuh.
  
Day 1:
– Ketibaan ahli jabatan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini
– Sesi bergambar jabatan
– Aktiviti team building (sukaneka)
– Menyelusuri Tasik Chini menaiki bot
– Berkayak
           
Day 2: 
– Tazkirah pagi
– Senaman ringan
Morning walk
– Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis, Petaling
– Majlis penutup