Strategic Discussion on Halal Japanese Black Cattle: Research and Industry Collaboration
Strategic Discussion on Halal Japanese Black Cattle: Research and Industry Collaboration
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kobe University, S Foods Inc., Sanda Meat Centre, and Halal Development Corporation Berhad (HDC)
Satu perbincangan strategik telah diadakan pada 9 Januari 2026 bagi menumpukan kepada kerjasama universiti-industri Malaysia-Jepun untuk meneroka potensi Japanese Black Cattle Halal untuk pasaran Malaysia. Kerjasama ini adalah rentetan kerjasama UKM dan Kobe University melalui projek penyelidikan Geran Universiti Penyelidikan (GUP-2024-103) oleh Prof Madya Dr. Salma Mohamad Yusop (P) dan Dr. Maimunah Mohd Ali.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), Prof. Dr Rizafizah Othaman, dan disertai Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Salmah Yaakop dan Dr. Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil (Penyelaras Hubungan Antarabangsa).
Perbincangan disertai: Delegasi dari S Foods Inc. Jepun iaitu Sato Rika dan Nakagawa Sawako; Pengurus Sanda Meat Centre iaitu Mr. Kimata Afiq, dan unit penjenamaan, Bravo Works, Japan.
Pasukan Halal Development Corporation Berhad iaitu Encik Mohd Romzi Sulaiman (Penolong Pengurus Besar International Cooperation HDC), Puan Yusriana Mohd Yusoff (Penolong Pengurus Besar Pembangunan Sektor) dan Puan Zalina Idris (Pengurus Pembangunan Sektor, HDC).
Timbalan Pengerusi Jabatan Sains Makanan, Dr. Mohamed Yusuf Mohamed Nazir, Prof Madya Dr. Salma Mohamad Yusop, dan Dr. Maimunah Mohd Ali;
Wakil Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) berkongsi kepakaran Ekonomi Halal iaitu Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai dan Encik Zarif, pegawai Halal HEP.
Inisiatif ini akan menyuburkan perkongsian ilmu, kepakaran dan teknologi yang berkaitan serta mengenalpasti saluran efektif untuk menyokong pengkomersilan daging Halal Kobe berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian halal antarabangsa. Kerjasama universiti-industri yang disokong oleh Halal Development Corporation Berhad ini dijangka dapat memperkukuh daya saing industri daging halal premium serta menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab halal global.
