The 3rd International Symposium on Science and Technology UKM-PSU-Asia (ISSTUP-Asia 2026) telah melabuhkan tirainya pada 8 Oktober 2026 di The Everly Putrajaya, dengan penyertaan lebih 150 peserta dan pembentang dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Thailand, China, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.
Bertemakan “Global Challenges, Asian Innovations”, simposium anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prince of Songkla University (PSU), Thailand ini menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu, inovasi dan pengukuhan jaringan penyelidikan antarabangsa.
Simposium ini menampilkan dua pembentang plenari terkemuka iaitu:
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertajuk “Frontier Technology Generation”
Vice President for Research and Innovation, Prince of Songkla University (PSU), Thailand with the title of “Research and Innovation for Global Challenges”.
Selain itu, lapan pembentang utama turut berkongsi kepakaran dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, terdiri daripada:
- Prof. Dr. Mamoru Koketsu, Gifu University, Japan
- Prof. Dr. Takahiro Nitta, Gifu University, Japan
- Prof. Dr. Mohd Talib Bin Latif, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Prof. Dr. Anuar Bin Mohd Ishak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Prof. Dr. Lee Sang Gil, Pukyong National University, Republic of Korea
- Prof. Dr. Mattheos Koffas, Rensselaer Polytechnic Institute, United States
- Assoc. Prof. Dr. Saowakon Wattanachant, Prince of Songkla University (PSU), Thailand
- Assoc. Prof. Dr. Pimonsri Mittraparp-Arthorn, Prince of Songkla University (PSU), Thailand
Selain itu, majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) melibatkan UKM bersama tiga rakan strategik turut diadakan di antara:
Pertukaran dokumen ini mencerminkan komitmen UKM dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi antarabangsa dan pihak industri, khususnya dalam penyelidikan, inovasi, pembangunan kepakaran serta pemindahan teknologi.
Simposium ini turut menyediakan platform kepada penyelidik, ahli akademik dan pelajar untuk membentangkan hasil penyelidikan melalui sesi pembentangan lisan dan poster, di samping meraikan kecemerlangan peserta menerusi anugerah pembentangan terbaik dalam pelbagai kategori.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, dengan kehadiran barisan kepimpinan FST serta jawatankuasa penganjur.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penganjur, pembentang, peserta dan rakan kolaborasi yang telah menjayakan ISSTUP-Asia 2026.
Semoga kejayaan penganjuran ini terus menjadi pemangkin kepada jaringan penyelidikan, inovasi dan kolaborasi antarabangsa yang lebih kukuh pada masa hadapan!
