INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

RERE6014 Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik)

RERE6014 Research Methodology (Ethnic Studies)

Penyelaras Kursus: Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan membina ilmu kaedah penyelidikan sains sosial dalam kajian etnik. Kandungan kursus distruktur untuk membentuk kefahaman asas penyelidikan sains sosial, merancang perlaksanaan kajian dan mensintesis pelbagai jenis penyelidikan berpandukan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Perspektif penyelidikan dalam lensa positivis, interpretif, dan kritikal, konsep penyelidikan sains sosial, jenis-jenis penyelidikan sains sosial, konsep dan pengaplikasian teori, sorotan literatur secara kritikal dan etika semasa menjalankan penyelidikan dibincangkan dalam kursus ini. Kursus ini turut memberi penekanan terhadap perancangan penyelidikan berasaskan pembinaan strategi reka bentuk kajian, pengukuran dan pensampelan dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif serta memfokuskan kepada strategi pengumpulan data dan penganalisisan. Gaya penulisan akademik, sumber dan teknik pencarian bahan akademik turut dibincangkan untuk memantapkan penguasaan ilmu penyelidikan dalam proses penghasilan tesis dan penulisan ilmiah bagi memenuhi keperluan program pengajian.

Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus, pelajar program Sarjana seharusnya berkebolehan untuk:

  • Menjelaskan prinsip kaedah penyelidikan sains sosial, dalam bidang kajian etnik;
  • Mengaplikasi teori, literatur, kaedah pengukuran dan kaedah pensampelan yang bersesuaian dalam penyelidikan kajian etnik;
  • Memilih jenis-jenis kajian dan kaedah penganalisisan data dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang bertepatan dengan fokus penyelidikan kajian etnik; dan
  • Menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dalam bidang kajian etnik dengan menggunakan pendekatan penyelidikan yang bersesuaian dan membudayakan etika penyelidikan.

Di akhir kursus, pelajar program Doktor Falsafah seharusnya berkebolehan untuk:

  • Menjelaskan prinsip penyelidikan sains sosial dan perspektif penyelidikan serta teori dalam bidang kajian etnik;
  • Menganalisis literatur, kaedah pengukuran dan kaedah pensampelan dalam penyelidikan kajian etnik;
  • Mengesyorkan jenis-jenis kajian dan kaedah penganalisisan data dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang bertepatan dengan fokus penyelidikan kajian etnik; dan
  • Menghasilkan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai novelti dan menyumbang kepada bidang pengetahuan kajian etnik dengan menggunakan pendekatan penyelidikan yang bersesuaian serta membudayakan etika penyelidikan.

Rujukan

  1. Neumann, W. L. 2020.Β Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Essex: Pearson Education Limited.
  2. Robertson, R. 2013.Β Globalization: Social Theory and Global Culture. London: SAGE.
  3. Gordon. E. L. 2020.Β Real Research: Research Methods Sociology Students Can Use. Los Angeles: Sage Publications.
  4. Woodward, K. 2021.Β Social Sciences: The Big Issues. 4th Edition. Oxon: Routledge.
  5. van Tubengen, F. 2020.Β Introduction to Sociology. London: Routledge.

Sumber: Petikan daripada Proforma RERE6014 bagi sesi akademik 2021/2022.

Dikemas kini: 22 Jun 2023