Urusan Pinjaman Jubah
| 1. |
Terdapat DUA (2) lokasi kaunter pengambilan jubah seperti berikut:
|
| 2. |
Semasa hari pengambilan jubah, para graduan perlu memastikan:
|
| 3. | Urusan pengambilan jubah akan bermula pada 11 NOVEMBER 2025 (Selasa) hingga 21 NOVEMBER 2025 (Jumaat)berdasarkan jadual yang telah ditetapkan mengikut fakulti/ institut/ pusat. Para graduan hendaklah mematuhi jadual pengambilan jubah seperti jadual dibawah: |
| JADUAL EDARAN JUBAH KONVO 53 Muat turun dokumen DI SINI. |
|
| 4. |
Kaunter pengambilan jubah akan mula beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari KECUALI pada hari Jumaat, kaunter akan ditutup pada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang. |
| 5. |
Semasa sesi pengambilan jubah, hanya graduan atau wakil sahaja dibenarkan masuk ke bilik-bilik pengambilan jubah yang telah ditetapkan. Ibu bapa, pasangan dan kanak-kanak yang turut hadir boleh menunggu di ruang menunggu yang disediakan. |
| 6. |
Urusan pengambilan jubah melalui wakil adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, seorang wakil hanya dibenarkan untuk mengambil TIGA (3) helai jubah sahaja termasuk jubah sendiri dan graduan diminta untuk memastikan WAKIL membawa bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan pada PERKARA 2. |
| 7. |
Kelonggaran diberikan kepada graduan daripada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengambil jubah selain daripada jadual yang ditetapkan bermula 11 November 2025 (Selasa) sehingga sehari sebelum tarikh sidang konvokesyen graduan berlangsung. Walau bagaimanapun, pihak urus setia menggalakkan agar para graduan menghantar wakil untuk mengambil jubah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. |
| 8. |
Graduan dan wakil perlulah bertanggungjawab untuk memastikan semua item diterima dan sama butirannya seperti tempahan pada slip Pengesahan Pengambilan Jubah. Item-item yang akan diterima adalah seperti berikut:
** Tag RFID hanya untuk graduan-graduan SIDANG 12 sahaja. |
| 9. |
Graduan atau wakil dikehendaki melengkapkan Borang Pengesahan Penerimaan Jubah selepas selesai urusan pengambilan jubah. Kod QR borang tersebut boleh didapati pada kaunter pengambilan jubah. Sebarang pertukaran selepas barangan tersebut diambil adalah tidak dibenarkan. |
| 10. |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak urus setia menerusi emel konvo@ukm.edu.my. |
| 11. |
Bagi urusan pemulangan jubah, para graduan boleh klik disini. |
