Adakan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Mexico, Universiti Tempatan Digesa

01
Oleh Asmahanim Amir
Pic Izwan Azman

BANGI, 24 Feb 2016 – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menggesa adakan lebih banyak kerjasama antara universiti di Malaysia dan Mexico, termasuk terjemahan book, program mobiliti pelajar dan rangkaian akademik.

Ketika melancarkan buku Intisari Sejarah Mexico Baharu (New Compact History of Mexico), versi Bahasa Melayu Nueva Historia Minimum De Mexico, di Bangi pada 19 Feb, beliau kagum dengan kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah universiti Mexico dalam penerbitan edisi tersebut.

Beliau berkata kementerian memerlukan lebih banyak buku untuk diterjemahkan dan bukan sahaja dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia malahan dari Sepanyol terus kepada Melayu.

beliau berharap lebih ramai pelajar boleh pergi ke Mexico untuk melakukan transkripsi.

Idris turut mengucapkan tahniah kepada UKM untuk kerjasamanya dengan Mexico dan menyifatkan perkongsian tersebut sebagai sungguh behasil.

Beliau berkata, program UKM Global Mobility telah menjadi teladan untuk universiti-universiti di Mexico dan hakikatnya 100 pelajar Mexico menyertai  pertukaran lawatan ke Malaysia pada tahun 2012.

Beliau menggesa supaya lebih banyak program mobiliti antara kedua-dua negara dilangsungkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Isauro Felix Corona.ukmnewsportal-bm
02

03

04