Anak Nelayan terima Anugerah Pelajaran DiRaja

1
Oleh: Muhammad Fikri Abdullah &
Noor Amanda Muhamad Basri
Gambar oleh Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 6 November 2016 – Anak kepada seorang nelayan, Mohd Akbal Qamas Abdul Basir, telah di nobat sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-44 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, semalam.

Akbal Qamas yang dibesarkan dalam keluarga nelayan dan anak ketujuh daripada lapan adik beradik berkata, kesusahan dalam kehidupan perlu dimanipulasikan untuk berjaya.

Graduan Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ini meletakkan hubungan antara Allah dan hormat-menghormati di antara ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan adalah rahsia untuk berjaya.

‘’Sebelum ini, kakak saya juga memperoleh anugerah ini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan beliau merupakan pembakar semangat buat saya.

Akbal yang aktif dalam bidang akademik dan kepimpinan meraih purata nilai gred kumulatif cemerlang 3.83.

Turut menerima Anugerah Pelajaran Diraja adalah Koh Chee Teck, pelajar jurusan Ijazah Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan.ukmnewsportal-bm
2

3