Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM Menghargai Para Pelajarnya

Oleh Nasrullah Uul  (Pelajar Pelatih UKM)
Foto Abd Ra’ai Osman

The Malaysian Red Crescent Honours Its UKM BranchBANGI, 2 April 2015 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang UKM telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang BSMM ke-28 untuk menghargai pelajarnya yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan berbagai aktivitinya.

Jamuan tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar UKM  sendiri dari segala aspek termasuklah mencari penaja.

Timbalan Naib Canselor UKM (Hal-Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal  yang menghadiri jamuan ini mengucap tahniah kepada pelajar anggota BSMM – pertubuhan yang paling ramai anggota di UKM, kerana  berjaya menganjurkannya majlis tersebut termasuk mendapatkan penajaan.

Pengurusi BSMM cabang UKM Dr Roslan B Abdul Jalil serta Pengetua dan felo kolej-kolej turut hadir  pada malam itu.

Prof Noor Aziah berkata pelajar mesti kekalkan semangat kesukarelawan kerana penting untuk meningkatkan keprihatinan terhadap masyarakat awam.

Universiti, katanya, bukan hanya tempat menimba ilmu sahaja tetapi juga boleh memupuk idealisme.

“Di sinilah kita dapat melihat bagaimana idealisme, sifat kerjasama, sifat menderma dan semangat sukarelawan di pupuk demi kebaikan negara,” ujar beliau.

Selain itu ia dapat meningkatkan kemahiran tambahan kepada pelajar sehingga dapat bermanfaat suatu waktu kelak.

Beliau juga menggalakkan pelajar agar menderma darah bagi menyumbang tabung darah bagi negara.

Dr Roslan pula berkata, majlis ini sebagai tempat untuk mengeratkan kembali silatuhrahmi antara sesama anggota BSMM baik yang telah menjadi alumni mahupun masih belajar.

Beliau menyeru semua anggota supaya tetap menjaga semangat kesukarelawan sebagaimana visi dan misi organisasi.

“Sebagai organisasi beruniform yang beranggotakan terbanyak  di UKM kita harus selalu siap untuk memberikan bantuan kepada warga UKM mahupun luar UKM,” tambah beliau.

Beberapa pelajar dan kumpulan yang cemerlang dalam pelbagai bidang telah menerima penghargaan di jamuan itu.

Berikut nama-nama pelajar dan kumpulan penerima anugerah utama pada Majlis Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang BSMM ke-28:

Anugerah Komandan Cemerlang – Tan Hui Yee – Kolej Tun Syed Nasir
Anugerah Detachment Terbaik – 88H – Kolej Keris Mas
Anugerah AJK Induk Terbaik –  Lau Kar Ling – Kolej Tun Syed Nasir
Anugerah Detachment Projek Terbaik – 88D – Kolej Burhanuddin Helmi
Anugerah Sukarelawan Cemerlang Lelaki – Zee Kai Jun – Kolej Ibu Zain
Anugerah Sukarelawan Cemerlang wanita – Ang Min Zhee – Kolej Ibu Zain

Pada malam ini juga disampaikan Juara Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) Peringkat UKM kali ke-18

Tempat ketiga – Trachea 88H – Kolej Keris Mas
Naib Johan – Rectum 88W – Kolej Tun Syed Nasir
Johan – Intestin 88W – Kolej Tun Syed Nasir
ukmnewsportal-bm