Industri Media Banyak Berubah, Kata Wartawan Veteran

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 2 November 2015 – Seorang wartawan veteran dan tokoh korporat telah menawarkan diri untuk mengadakan siri wacana awam untuk wartawan muda jika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju dengan cadangan itu.

Tan Sri Dr Johan Jaafar sanggup memberi manfaat pengalaman beliau kepada pengamal media, terutamanya mereka yang minati bidang kewartawanan, yang menurut beliau telah diketepikan oleh teknologi sejak kebelakangan ini.

Beliau membuat tawaran tersebut dalam ucap balas selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Komunikasi dan Pengurusan Kesenian  Kreatif dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, di Majlis Konvokesyen ke-43 UKM di sini semalam.

Beliau ingin membantu supaya industri akhbar kekal relevan dan menghadapi dunia media yang pesat berubah.

“Orang media adalah wira tidak dicanag yang telah dipinggirkan oleh teknologi, dibayangi oleh teknologi. Orang media harus diberi penghargaan,” katanya.

Mantan Pengerusi Media Prima yang berusia 61 tahun ini berkata media telah banyak berubah sejak beliau mula bekerja pada tahun 1980an dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai seorang penyelidik.

“Dunia media telah banyak berubah, ada transformasi. Dulu saya menggunakan mesin taip mekanikal dan belum ada internet lagi.

“Sekarang ada aplikasi media sosial di mana-mana sahaja,” katanya.

Menurut beliau, pada masa lalu televisyen menjadi pilihan utama untuk hiburan, tetapi sekarang ramai remaja menonton laman sesawang video.

Walaupun bukan seorang sarjanawan, beliau mengakui dunia kreatif kini menerima tekanan hebat, yang mana gaya lebih diminati daripada kualiti isi kandung.

“Saya menyokong dinamisme dalam masyarakat berdasarkan cita rasa dan nilai-nilai masyarakat,” kata beliau.

Beliau mendapati bahawa media arus perdana, terkial-kial bersaing dengan cita rasa semasa, terutamanya daripada golongan belia yang terpikat dengan media sosial.

Johan yang serba kobolehan juga aktif dalam drama dan teater sejak dibangku sekolah lagi.

Seorang yang minat membaca, beliau menyifatkan dirinya sebagai “pembaca pertama, penulis kedua” sejak kecil lagi, tetapi juga menerbitkan puisi dan novel.

Beliau juga telah bekerjasama dalam pengeluaran komedi televisyen seperti ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu ” bersama pengarah Othman Hafsham di tv3 pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Sebagai wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, beliau telah mengembara ke seluruh dunia serta menulis mengenai peperangan dan konflik di Afghanistan, Bosnia dan Afrika Selatan.

Namun demikian, beliau menambah bahawa beliau juga adalah seorang ayah setia kepada lima orang anak dan dua menantu.ukmnewsportal-bm
02