Majlis Alumni Penghubung Persatuan Alumni Dengan UKM

2

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 14 Mac 2016 – Majlis Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan ditubuhkan untuk menjadi penghubung kepada semua persatuan dan kumpulan alumni yang ada di UKM, kata Pengerusi Protem, Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak.

Beliau berkata Majlis tersebut akan menjadi perantara bagi pihak alumni dan universiti dan merupakan suatu inisiatif untuk mengalakkan lebih ramai graduan melibatkan diri di alma mater mereka.

Beliau turut memberitahu bahawa Majlis Alumni tidak bertujuan untuk mengambil tugas persatuan dan kumpulan alumni yang sedia ada tetapi akan membantu persatuan tersebut dalam apa sahaja program yang dilakukan.

Dalam pada itu, Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata Majlis Alumni akan menjadi wakil kepada semua persatuan alumni di UKM dalam sebarang perhubungan dengan universiti.

Jawatankuasa Majlis Alumni terdiri daripada 16 anggota termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Sehingga kini, UKM mempunyai lebih kurang 176,000 alumni.ukmnewsportal-bm
1

3