Misi Siswa-Siswi UKM Mendekati Kanak-Kanak Luar Bandar Kemboja

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto May Kan Yen

BANGI, 28 Julai 2015 – Seramai dua puluh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berinteraksi dan mengajar murid-murid daripada kaum  minoriti Cham di sebuah sekolah rendah di Kemboja.

Sukarelawan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) tersebut  mengambil bahagian dalam misi pengasih dari 2 hingga 9 April untuk mendekati kanak-kanak kurang berada di Sekolah Rendah Bersepadu  Musa-Asiah (SERPAMA) di kampung Svay Kleang di wilayah Cham.

Pelajar FSSK membawa bersama sumbangan buku dan alat tulis untuk misi yang digelar Books To-Be Loved (B2B) kepada sekolah tersebut yang dikendalikan oleh sukarelawan, kebanyakannya rakyat Malaysia.

Salah seorang siswi FSSK May Kan Yuen mengimbas kembali ketibaan   mereka ke perkampungan terpencil selepas perjalanan lima jam yang mengerikan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di jalan raya yang penuhi lubang-lubang dan tiada garisan pembahagi atau papan tanda.

“Cuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh mencecah 39 darjah Celsius apabila kita mendarat pada 2 April, Khamis.

“Kami diberitahu bahawa jalan raya dan peraturan lalu lintas tidak seperti di  Malaysia. Apabila kita menjejakkan kaki di Kampung Svay Kleang atau lebih dikenali sebagai Kampung Lima selepas perjalanan hampir 5 jam dari Phnom Penh, ketakutan berubah menjadi kegembiraan. Kami disambut mesra oleh Prof. Mohamad Zain bin Musa, presiden SERPAMA, diiringi oleh sekumpulan guru-giri. Kamis berasa seperti tetamu yang begitu istimewa kepada mereka,” May menjelaskan dalam rencana yang diterbitkan oleh laman portal UKM  Suara Varsiti Anda.

Sukarelawan B2B nampaknya telah dipenuhi semangat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka untuk mengajar murid-murid.

“Setiap seorang daripada kita sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan, kerana wajah kanak-kanak begitu telus dan suci. Terdapat hubungan rapat yang terjalin di antara ahli-ahli B2B di kampung yang nyaman itu menjadi satu inspirasi dan dorongan bagi saya untuk terus berusaha mencari apa jua peluang untuk kembali berbakti kepada masyarakat di  sana, ” kata beliau.

Salah seorang guru di sekolah tersebut Math Safir adalah orang hubungan mereka dan penyelaras program di Sekolah SERPAMA dan menjelaskan apa yang mereka perlu lakukan semasa misi tersebut.

Dengan ijazah sarjana muda dalam undang-undang, Math Safir memutuskan bahawa beliau mahu mendekati masyarakat desa dengan menjadi seorang guru.

Beliau mengatur sesi pengenalan ringkas dengan kanak-kanak dan pelajaran pertama adalah senaman aerobik yang diajar kepada murid-murid tahun 1 dan 3.

Menurut Safir, tahap pendidikan di sekolah tersebut terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 12 dalam sekolah rendah dan sekolah menengah.

Beliau berkata kebanyakan pelajar tidak akan meneruskan pengajian ke kolej atau universiti kerana peluang pendidikan adalah terhad dan generasi muda diperlukan untuk bekerja dalam dusun jagung dan tembakau untuk membantu keluarga menambahkan pendapatan.

Namun demikian, May memerhatikan kanak-kanak tersebut penuh  semangat untuk belajar.

“Tempoh masa program kami juga sebenarnya merupakan musim cuti persekolahan, tetapi kanak-kanak di kampung begitu dahagakan ilmu pengetahuan dan sanggup bangun pada awal pagi untuk menyertai program yang kami jalankan,” kata beliau.

Sukarelawan juga mengendalikan sesi nyanyian, mewarnakan gambar, bercerita, melakukan eksperimen sains, tayangan filem dan banyak lagi.

Beliau berkata pihak penganjur mahu menunjukkan bahawa mereka serius untuk membantu masyarakat.

May membandingkan berbeza nasib murid-murid di Kemboja dengan pengalaman beliau sendiri ketika di bangku sekolah.

“Keadaan ini jauh berbeza dengan zaman persekolahan kita, apabila ibu bapa kita sanggup membelanjakan wang untuk membeli pensel warna pelbagai warna, dari merah ke merah jambu, biru gelap ke biru laut, hijau gelap ke hijau kapur dan sebagainya. Malangnya, kotak pencil warna yang besar itu masih tidak dapat memberikan kepuasan yang mencukupi kepada kami. Hal ini menyebabkan kami berasa bahawa sebenarnya begitu banyak yang boleh kami pelajari daripada mereka, ” tambah beliau.ukmnewsportal-bm

3

2