Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dianugerah Perak Amanjaya Icon Award.


Berita dan foto Oleh Abd Raai Osman

Ipoh – Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali telah menerima anugerah Perak Amanjaya Icon Award sempena Pangkor Dialogue 2017, baru-baru ini.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu acara gilang gemilang di Pusat Konvensen Ipoh.

Naib Canselor menerima anugerahnya kerana  penglibatan beliau menyumbang idea merancang pembangunan Koridor Utara untuk membangunkan Amanjaya di Perak.Prof.

Prof. Tan Sri Dr Noor Azlan menerima anugerah ini bersama-sama dengan 9 orang penerima lain.

Turut hadir di majlis ini ialah Menteri Besar Perak Darul Redzuan, Dato’ Seri DiRaja Zamry Abd Kadir.