Nasihat Supaya Hargai Bantuan Pihak Lain Dalam Kerjaya

tajudin01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 November 2015 – Kegagalan itu bukan kejatuhan, tetapi ia mengenai ketinggalan di bawah.

Kita perlu bangkit dan berazam mencapai kejayaan dengan bantuan orang, kata Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dalam ucap balas beliau setelah dianugerahkan Ijazah kehormat Doktor Sains pada sesi ke-3 Konvokesyen ke-43 Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Dr Ir Ahmad Tajuddin berkata sesiapa pun tidak akan menemui kejayaan tanpa sumbangan keluarga, sanak saudara dan sahabat akrab.

“Banyak pihak jadi dorongan; ibu bapa, isteri dan keluarga. Ini merupakan hasil prinsip peribadi, iaitu kecemerlangan tak mungkin tanpa usaha gigih dan ketabahan hati.

“Saya (menuntut) di Brighton College dan kemudian di Queen Mary College  di London. Saya seorang saja buat kajian. Isteri saya jadi typist,” kata beliau.

Menurut beliau, keluarganya memberi sokongan sepenuhnya bagi beliau meneruskan penyelidikan di United Kingdom.

Begitu juga, beliau  mendapat bimbingan daripada Pengerusi SIRIM ketika itu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang kini Pro-Canselor UKM.

“Saya dilantik Ketua Pengarah SIRIM. Tun Hamid membantu saya dalam pengurusan. Tun Ahmad Sarji telah menekankan pengurusan kualiti kerja melalui Pertubuhan Piawaian Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai ISO.

“Saya sangat menghargai pimpinan Tun,” kata Dr Ir Ahmad Tajuddin.

Beliau juga menerima banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak lain dalam perjalanan karier beliau di Agensi Antarabangsa  Tenaga Atom (IAEA) di Vienna Austria pada tahun 1998, sebelum pulang ke tanah air untuk berkhidmat di SIRIM.

Beliau menasihati para graduan supaya bekerja dalam bidang yang betul-betul minati.

Bak kata pepatah Confucius, “Choose a job you like and you will never have to work a day in your life.”ukmnewsportal-bm
tajuddin