Pelajar Baru Diminta Tambah Nilai Diri Untuk Masa Depan

1
Oleh  Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 19 September 2015 – Pelajar-pelajar baru UKM diberi peluang untuk untuk menyerlah dalam bidang pilihan mereka sendiri, selain daripada pengajian akademik di UKM.

Ini akan membantu mereka mencari pekerjaan atau mencebur diri dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan atau bekerja sendiri kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)  Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat.

Kata beliau mereka harus menyerlah dalam bidang yang diminati, seolah-olah mengendong payung merah, iaitu menonjol diri di kalangan beribu pelajar lain seluruh negara.

Beliau berkata demikian di Majlis Pendaftaran dan Ikrar Pelajar Baharu Program Prasiswazah dan Pascasiswazah Sesi Kemasukan 2015-2016 di sini hari ini.

Beliau menggesa siswa-siswi supaya berusaha memperlihatkan kebolehan masing-masing, bersifat inovatif dan berjuang sebagai warga yang dapat mendukung diri mereka sebagai Pendaulat Amanah Negara.

“ Carikan bidang untuk tambah nilai supaya menjadi penuntut yang lebih menyerlah dan mudah dicam. Semua pelajar juga mestilah mempunyai semangat berpasukan dan bersifat keusahawanan untuk meningkatkan profil UKM,”  ujar Prof Riza Atiq.

Menurut beliau selama berada di UKM antara tiga atau empat tahun mereka perlu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada mahasiswa universiti lain dan belajar untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua bidang yang mereka berbakat.

Menurut Prof Riza Atiq kelas daripada sesi 2015/16 harus mengatasi kumpulan sebelumnya.

Tambah beliau,  keunikan UKM telah menarik perhatian sektor swasta tempatan dan antarabangsa.

Terdapat lebih 300 pelajar baru di majlis pendaftaran dan lafaz ikrar ini.ukmnewsportal-bm

2

3

4

5

6