Perdana Menteri Rasmi PPTC UKM

4
Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Ikhwan Hashim, Shahiddan Saidi

TASIK CHINI, 28 Oktober 2016 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meluangkan masa merasmikan Pusat Penyelidkan Tasik Chini (PPTC), UKM pada 15 Oktober lepas.

Semasa majlis perasmian tersebut, beliau telah melawat Makmal Hidrologi dan Klimatologi PPTC, menanam 400 pokok di sekitar PPTC, beramah mesra bersama komuniti orang asli serta melepaskan benih anak ikan ke dalam Tasik Chini.

Selain itu, Dato’ Sri Mohd Najib turut menyampaikan sijil kepada sekolah dan pelajar di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan menyampaikan surat tawaran kepada usahawan ECERDC-SIRIM.

Turut hadir adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan Ketua PPTC UKM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris.

Menurut Prof. Mushrifah, PPTC UKM telah terlibat dalam rancangan implementasi pembangunan Pemuliharaan Biosfera Tasik Chini dengan kerjasama ECERDC dan memulihkan tasik tersebut sejak tahun 2009.

“UKM telah faham dengan kehendak polisi ECERDC dan ECERDC juga faham konsep penyelidikan yang kita ketengahkan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

“ECERDC juga melihat kawsan ini (Tasik Chini) sebagai satu kawasan yang mempunyai impak pelaburan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata kawasan itu bukan sahaja mempunyai potensi untuk menjana pelaburan industri tetapi juga pelaburan seperti eko-pelancongan, edu-tourism.

Kawasan tersebut, menurutnya, layak dipanggil kawasan warta negeri iaitu khas untuk penggunaan orang ramai dan digunakan sebagai eko-pelancongan.ukmnewsportal-bm
3

1