UKM Dalam Senarai 100 Universiti Paling Cemerlang Mengikut Bidang

qs
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto QS

BANGI, 23 Mac 2016 – Kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meningkat dalam senarai Kedudukan Universiti Dunia QS, atau QS World University Rankings, mengikut bidang.

Ketua Unit Risikan QS Ben Sowter berkata Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam semua kedudukan di dalam senarai tersebut.

“Tiga subjek – Arkitek dan Seni Bina, Pendidikan dan Dasar Sosial dan Pentadbiran – julung kali tersenarai di dalam kedudukan 100 tertinggi mengikut subjek.

Selain itu, subjek di dalam kedudukan senarai 200 teratas adalah Kejuruteraan Kimia dan Pengajian Media dan Komunikasi.

UKM juga tersenarai antara tiga universiti teratas di Malaysia untuk 22 mata pelajaran dan 200 teratas di dunia untuk 14 mata pelajaran.

QS World Rankings by Subject menyediakan senarai prestasi universiti global berdasarkan bidang.

QS juga menghasilkan senarai universiti terbaik di dunia setiap tahun.ukmnewsportal-bm