UKM Hasilkan Peguam Yang Pakar Cegah Monopoli

01

Prof Dr Rohimi Shapiee


Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 2 Disember 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersedia membantu Suruhanhaya Persaingan Malaysia (MyCC) melaksanakan  proses persaingan dan perdagangan adil bagi melindungi  kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi.

UKM telah memperkenalkan mata pelajaran Persaingan sebagai salah satu subjek elektif pada peringkat pasca siswazah bagi graduan Undang-Undang yang berminat dalam bidang perdagangan bebas, kata Dekan Fakulti Undang-Undang (FU) Prof Dr Rohimi Shapiee.

FU juga mencadangkan memperkenalkan modul persaingan sebagai pengkhususan, kata Prof Rohimi selepas menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) bagi pihak UKM dengan MyCC dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk tujuan tersebut di Putrajaya pada 27 November lalu.

“Persaingan satu aspek berkaitan dengan pasaran. Kita ada pakar-pakar dan pensyarah yang khusus tentang persaingan, dan secara tidak  langsung pun kita ada juga. Seperti Prof Madya Safinaz (Mohd Hussein) yang ada membuat rundingan awalan bersama saya dengan Kementrian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepengunaan (KPDNKK). Dia pun banyak terlibat dalam hal rundingan.

“So, ia dalam konteks persaingan yang melibatkan anti-monopoli dan antiphrasis dibawah Akta Sutuhanjaya Persaingan 2010, kalau ada syarikat yang dominant position, itu yang kita perhatikan.

“Cuma dalam konteks kita ni, kita bantu dia supaya pelajar-pelajar kita didedahkan kepada subjek anti-competition. Di peringkat undergraduate kita ada rancangan untuk tawar kursus. Kita sekarang ni pada standard program yang baru dikeluarkan kita banyakkan subjek-subjek optional pilihan, dan salah satu yang ditawarkan kepada pelajar kita ialah anti-competetion, sebagai elective.

“Kita pun ada enam core subjek, dan bagi sesiapa yang minat ini (anti-persaingan) boleh pilih di peringkat Master, tetapi pada peringkat undergraduate belum ada. Tetapi kita cadang perkenalkan pada peringkat undergraduate selain dari enam core subjects, yang pilihan bergantung kepada minat,” kata beliau.

Menurutnya, undang-undang persaingan perlu dilihat dari aspek  persaingan merintas sempada, macam mana kita nak lihat ‘abuse of position’ dari perdagangan antarabangsa dan monopoli yang memerlukan kerjasama antara negara-negara ASEAN.

“ASEAN belum ada keseragaman undang-undang persaingan sepertimana Kesatuan Eropah (EU).

“Kita perlu ada keseragaman undang-undang supaya peniaga-peniaga ini tidak mengambil kesempatan pergi ke negara lain yang tiada peraturan yang ketat. Maka kita perlu ada keseragaman supaya dapat mengambil tindakan tegas,” tambah beliau.

Beliau memerhatikan yang beberapa anggota ASEAN langsung tiada undang-undang persaingan.

Sehubungan itu, negara perlukan pakar-pakar undang-undang yang mahir dalam pelaksanaan undang-undang persaingan dan kartel antarabangsa.

“Kartel ialah kelakuan anti-persaingan yang mana beberapa syarikat gergasi membentuk gagasan untuk wujudkan monopoli supaya dapat manipulasi bekalan dan harga barangan penting,” beliau menerangkan.

Beliau juga mencadangan supaya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang ada kepakaran mengenai perdagangan antarabangsa supaya  menyertai usaha mencegah monopoli dan kartel.

UKM dan empat institusi tempatan lain, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  dan Taylor’s Law School memeterai perjanjian tersebut bagi membantu MyCC dan MKM membendung amalan anti-persaingan.

Turut hadir di upacara tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Dato’ Hj Zaidon Asmuni dan Pengerusi MyCC tan Sri Dato’ Seri Norma Yaakob.ukmnewsportal-bm
02

03

04