UKM Menang Peraduan Kebangsaan Pertama Main Peranan Undang-Undang Kemanusiaan

1

Johan Pertandingan Pasukan UKM ‘A’


Laporan dan Foto Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 25 Okt 2015 – Pasukan ‘A’ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  memenangi Pertandingan pertama peringkat kebangsaan Undang-Undang Antarabangsa Mengenai  Kemanusiaan Dalam Sengketa untuk universiti tempatan.

Pasukan UKM ‘A’ muncul juara selepas tiga pusingan dijalankan dalam bentuk Mahkamah Moot, dengan satu lagi pasukan UKM mengambil hadiah ketiga manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) muncul naib juara dalam pertandingan yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 Oktober 2015 di sini.

Enam pasukan mengambil bahagian, iaitu  UKM, UNISZA dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) masing-masing bertarung dengan dua pasukan.

Mahkamah Moot adalah sebahagian daripada kurikulum fakulti Undang-undang di mana para peserta mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah olok-olok, biasanya melibatkan merangka taklimat dan mengambil bahagian dalam hujah lisan.

Pelajar rahun tiga Undang-undang Raymond Teoh diisytiharkan penghujah  terbaik pada pertandingan tersebut.

Pertandingan ini adalah permainan peranan  yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Antarabangsa palang Merah dan Bulan Sabit Merah (ICRC) di mana kedua-dua belah berhujah menentang satu sama lain  menggunakan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dalam keadaan konflik bersenjata.

Apabila main peranan pemerhati dan penimbang tara, peserta dijangka  menjadi mahir dalam IHL untuk menggunakan undang-undang untuk melindungi hak-hak asasi orang awam sambil memerhatikan mereka yang mencabul hak asasi manusia atau kelakuan jenayah perang.

Claire Meytraud, Ketua Perwakilan ICRC berkata pertandingan itu memberikan beberapa idea untuk pelajar undang-undang Malaysia mengenai peristiwa perang, termasuk memeriksa tawanan perang.

“Dalam konflik bersenjata, nilai-nilai kemanusiaan sukar dipatuh bukan sebab kekurangan peraturan, tetapi kerana ramai yang tidak menghormati undang-undang.

“Kita perlu bersedia. Jika anda sampai ke pusat tahanan, anda tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya sebelum mengumumkan keputusan.

Kapten pasukan yang menang, pelajar tahun akhir Abdul Wahab bin Jumrah berkata,  IHL penting bagi melindungkan hak-hak mereka di kedua-dua belah konflik dalam keadaan keganasan seluruh dunia.

“Malaysia mungkin aman, tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin akan ada peperangan, keganasan, maka  undang-undang kemanusiaan akan digunakan untuk cuba menghalang keganasan daripada merebak,” ujar beliau.

Pengerusi jawatankuasa pertandingan penganjur Prof Madya Faridah Jalil berkata peguam dan perunding harus mahir dalam undang-undang antarabangsa untuk menangani suasana dunia yang semakin kompleks dan ganas.

“Dalam dunia yang penuh dengan konflik, kita perlu orang yang boleh bercakap dengan bijak dan meyakinkan secara kemanusiaan,” katanya sebagai ulasan pada penutupan pertandingan.

Bercakap kepada pemberita, penasihat undang-undang serantau ICRC bagi Asia Tenggara Kelisiana Thynne puas hati dengan kualiti para pelajar.

“Mereka benar-benar hebat, walaupun kali pertama menyertai  pertandingan moot dalam main peranan. Skor meningkat secara mendadak dalam tempoh tiga pusingan.

“Peraduan itu semata-mata dilakukan berhujah dalam bilik. Tiada aktiviti luar seperti pengalaman medan perang olok-olok kerana jerebu – yang tidak bagus. Tahun depan, mungkin kita akan mengadakan simulasi pertempuran di dalam hutan,” katanya.

Beliau memuji UKM sebagai tuan rumah kejohanan itu dan menambah bahawa universiti merupakan rakan kongsi utama dalam usaha untuk memartabatkan undang-undang.

“Dengan menggalakkan universiti untuk menawarkan kursus IHL dan melibatkan dalam pertandingan moot, ICRC  melibat diri dengan  pemimpin masa depan,” tambah beliau.ukmnewsportal-bm
2

Meytraud bersama naib-johan UNISZA

3

Para juri ICRC, dari kiri ke kanan, Thynne, Surin Siva, Meytraud

4

Penghujah terbaik Raymond Teoh bersama Meytraud