UKM Naib Johan Futsal Wanita IPT 2012

ISNIN, 30 APRIL 2012 16:30

SUKAN FUTSAL WANITA 1

Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto Nor Eeza Zainal Abidin

SUBANG, 29 April 2012- Pasukan Futsal Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menyandang Naib Johan dalam Kejohanan Futsal IPT 2012 untuk Piala Menteri Pengajian Tinggi bagi Sirkit 2, Zon Tengah Selatan di Feno Futsal di sini petang ini.

Kejohanan selama empat hari itu disertai 13 pasukan lelaki dari UKM; UiTM; USIM; UPM; UPNM; UPSI; UiTM Pahang; MMU; UMTech; UNIKL MITEC Johor Bahru; Kolej Komuniti Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan dan lapan pasukan wanita dari UKM; UiTM; USIM; UPM; UPSI; UiTM Pahang; UTM dan Politeknik MARA Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pasukan UiTM telah memenangi kejohanan bagi kedua kategori lelaki dan perempuan.

Naib Johan lelaki di raih Kolej Komuniti Selangor dengan pasukan University of Management and Technology jatuh ke tempat ketiga. Bagi kategori wanita pula UPM memenangi tempat ketiga.

Pemain terbaik wanita di sandang oleh pelajar UTM, Joponimilina anak Lisan manakala pemain terbaik lelaki dimenangi Muhammad Afif Asyraf Mohd Zawawi dari UiTM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan, UNITEN merangkap Pengerusi Majlis Sukan IPTS, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Ir Dr Othman A. Karim; Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Saharuddin Hj Ismail; Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr Tajul Arifin Muhamad dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM merangkap Pengurus Projek Kejohanan Futsal IPT 2012, Noorkefli Md. Sulong telah hadzir di acara penutup dan penyampian hadiah kejohanan.