Institut Visual Informatik UKM Boleh Menggunakan Kemudahan Multimedia Ciber

ISNIN, 17 DISEMBER 2012 09:04

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Raai Othman, Penerbit UKM

BANGI, 12 Dis 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menandatangani memorandam persefahaman membenarkan Institut Visual Informatiknya (IVI) menggunakan kemudah multimedia CoRE Expert Systems Sendirian Berhad untuk usaha penyelidikannya.

Persefahaman itu telah ditandatangani oleh Pengarah Institut Visual Informatik (IVI), Profesor Dato’ Dr Halimah Badioze Zaman bagi pihak UKM dan Pengarah Eksekutif CoRE, Tajul Zaid Tajuddin di sini semasa pelancaran seminar dua hari Kumpulan Kerja Jaringan Penyelidikan dan Pendidikan (MyREN) hari ini.

Ia disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Dr Othman A. Karim dan Perunding Utama CoRE, Dr Ahmad Azlan.

 
CoRE akan menyediakan kemudahan multimedia siber untuk tele-persidangan dalam pelbagai bidang, seperti persidangan tele langsung dan aktiviti rekreasi kepada IVI.

Prof Dato’ Halimah menyifatkannya sebagai suatu usaha sokongan untuk program penyelidikan bagi Felo dan Pelajar Pasca Siswazah IVI berlatih di CoRE. Beliau berkata program itu akan menjadi rangsangan untuk kedua-dua IVI dan CoRE.

Kira-kira empat puluh peserta dari universiti tempatan dan syarikat rakan kongsi  membentangkan cadangan mereka mengenai cara terbaik menggunakan ruang siber untuk pertukaran maklumat visual di seminar itu.