Kolej Tun Syed Nasir Menang Perbarisan Terbaik SUKEM 2013

KHAMIS, 26 DISEMBER 2013 10:13

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 12 Dis 2013 – Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KTSN) memenangi tempat pertama dalam pertandingan perbarisan semasa majlis penutup SUKEM 2013, yang diadakan di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KTSN mengumpul 580 mata untuk mengalahkan pemenang tempat kedua, Kolej Keris Mas (KKM), tempat ketiga Kolej Aminudin Baki (KAB) dan tempat keempat Kolej Ibrahim Yaakob (KIY), untuk merebut anugerah Perbarisan Terbaik.

KTSN menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, sementara KKM menerima RM 800, KAB diberi RM 400 dan KIY RM 300 masing-masing.

Anugerah Perbarisan Terbaik merupakan kemuncak acara SUKEM tahunan ini dan Stadium UKM yang baru diubahsuai dipenuhi dengan warna, tarian, maskot kreatif dan muzik.

Prestasi perbarisan KTSN adalah mudah tetapi berstruktur dan sempurna. Sebahagian daripada kejayaan cemerlang mereka adalah kreativiti mereka dalam mempunyai “Minion” sebagai maskot mereka. “Minion” adalah watak dari filem animasi terbitanUniversal Pictures “Despicable Me”.

Naib Canselor Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Prof. Dr Othamn A. Karim Timbalan Naib Canselor Pelajar dan Alumni, turut hadir di majlis penutup.

Tan Sri Dr Sharifah memuji pelajar kerana usaha, kreativiti dan semangat mereka dalam membuat perbarisan yang meriah dan ceria.

Beliau juga memuji usaha pasukan Bola sepak KIY, yang telah kalah pada perlawanan akhir kepada KAB dengan jaringan 3 – 1. Majlis Penutup SUKEM melihat perlawanan akhir bola sepak yang dimainkan antara KAB dan KIY. Perlawanan itu memihak kepada KAB.

Tambah beliau walaupun KIY adalah kolej kecil dan kadang-kadang tidak mempunyai pelajar yang mencukupi untuk mengambil bahagian dalam acara sukan, mereka berjaya mencapai kejayaan  untuk sampai ke peringkat akhir pertandingan.

Beliau berkata enam pelajar KAB adalah  pemain bola sepak adalah Skuad Harimau Muda.

Walaupun KAB hanya memenangi tempat ketiga dalam acara Perbarisan Terbaik, mereka bagaimanapun memenangi tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan SUKEM 2013. Dengan mengumpul 17 Emas, 2 Perak dan 4 pingat Gangsa, KAB memenangi kedudukan keseluruhan bagi tahun kedua berturut-turut.

Turut hadir Dr Tajul Arifin, Pengarah Pusat Sukan UKM.