UM Pemenang Kejohanan Boling Padang 2013

SELASA, 12 NOVEMBER 2013 11:38

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ra’ai Osman

BANGI, 31 Okt 2013 – Universiti Malaya (UM) telah menjuarai Kejohanan Boling Padang Antara Institut Pengajian Tinggi 2013 yang berakhir baru-baru ini apabila memenangi kategori Lelaki Triples dan menjadi naib johan Wanita Triples.

UM menerima Piala Pusingan sebagai pemenang keseluruhan dan beberapa ketegori lain. Kejohanan Boling Padang itu dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tuan rumah.

Kejohanan boling padang itu disertai 40 pasukan pelajar dan staf dari 10 buah IPT terdiri dari Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof Dato’ Ir Othman A. Karim di Kompleks Boling Padang di Seremban 2, Negeri Sembilan. Beliau berkata kejohanan itu adalah untuk mempromosikan persaingan yang sihat diantara universiti dan suatu cara yang baik untuk memupuk kerjasama dan persahabatan antara institusi, pelajar dan staf.

Supt. Tuan Syed Zainal Abidin, Timbalan Presiden Persukutuan Lawn Bowls Malaysia dan Dr. Tajol Arifin Mohd, Direktor Pusat Sukan UKM juga hadir pada majlis penutup Kejohanan Boling Padang itu.

Pasukan Girls Triples UKM telah berjaya sampai ke Suku Akhir pertandingan tetapi kemudiannya kalah kepada pasukan Girls Triples UiTM untuk menduduki tempat ke enam dalam kesuluruah Kejohanan.

Dato Othman dengan diiringi Timbalan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia Supt Syed Zainal Abidin dan Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr Tajol Arifin Mohd telah menyerahkan hadiah kepada pemenang-pemenang.

UiTM muncul juara untuk kategori Staff’s Mixed Triples menerima wang tunai RM1000 dan pingat, tempat kedua dimenangi pasukan UTM menerima RM700 dan pingal dan tempat ketiga UM yang menerima RM500 dan pingat.

Pemenang kejohanan itu adalah:

Pasukan Wanita Triples:
Pertama: UiTM menerima RM2000, pingat dan trofi individu.
Kedua: UM menerima RM1500 dan pingat.
Ketiga: UTM (A) and UTM (B) menerima RM800 dan pingat.
Kelima UMK dan
Keenam UKM.

Lelaki Triples:
Pertama Pasukan UM (A) menerima RM2000, pingat dan trofi individu.
Kedua: Pasukan UTM (B) menerima RM1500 dan pingat
Ketiga: Pasukan UiTM (B) and UMT (B) menerima RM800 dan pingat
Kelima: UTM (A)
Ke-enam: UTHOM
Ketujuh UM (B)
Kelapan: UMT (A)